Fresh grad, dapat offer RM2,800. Boleh nego ke atau ambil je?
First job offer selepas grad engineering. Company mid-size, offer RM2,800. Aku rasa sikit rendah tapi takut kalau nego nanti dorang tarik balik offer. Fresh grad boleh nego ke? Macam mana ayat?
Anonymous asker·Asked on 20 days ago·83 views·4 answers
TTech Bro AimanBeginnerFirst-hand experienceSoftware engineer at a startup, I answer on tech interviews, remote gaji and burnout.
Boleh nego, dan jarang company tarik offer sebab kau tanya elok-elok. Yang penting cara. Cuba email/reply macam ni: thank you for the offer, i am very keen to join. Based on my research and the scope of the role, i was hoping for something around RM3,200. Is there flexibility? Bagi justification: internship experience, skill tertentu, atau paper qualification. Untuk engineering fresh grad, RM2,800 tu memang around market bawah, RM3,000-3,500 lebih fair untuk sesetengah industri. Kalau dorang tak boleh naik base, tanya pasal benefit lain: allowance, bonus, review lepas 6 bulan. Worst case dorang cakap tak boleh, kau ambil je, tak rugi tanya.
Kalau dorang tak nak naik base, mintak confirm dalam offer letter bila next review dan target increment. Aku buat macam tu, lepas 6 bulan naik RM500 sebab performance. Dapat hitam putih penting.
Aku fresh grad tak nego sebab takut, sekarang menyesal. Kawan aku nego naik RM400, sama posisi. Kompen tu compound sepanjang career kau sebab increment pun kira peratus dari base. Nego bro, tapi bagi angka realistik jangan tembak langit.
UUncle Raju InsuranceBeginnerFirst-hand experienceInsurance agent since 1998, I explain medical card and takaful in plain talk.
Check gaji market kat portal macam Glassdoor atau tanya senior batch kau. Ada data baru kau ada leverage cakap. Jangan cakap saya perlu duit lebih, cakap based on market rate. Framing penting.